Mitos asal nama Selising

Nama kampung ini diambil sempena nama sebuah pokok yang dikenali sebagai "Pohon Selising" yang terdapat banyak di kampung ini pada suatu masa dahulu. Mengikut seorang penduduk bernama Mek Pit(Puan Wee Kui Gut, umur 90 tahun pada 2013 iaitu isteri kepada arwah Pak Ya yang tinggal di rumah No. 1470, Selsing) daun Selising digunakan sebagai bahan membuat tikar oleh orang tempatan pada masa itu. Tetapi jenis tumbuhan ini sudah lama tidak kelihatan di pekan ini lagi.

Berdekatan dengan Pekan Selising terdapat sebuah bukit kecil yang bernama Bukit Jawa. Di Bukit Jawa, terdapat sebuah gua gelap yang pada suatu ketika dulu dikaitkan dengan Puteri Sa'dong. Mitos Puteri Sa'dong yang dikatakan menetap di Bukit Marak di Daerah Bachok dan telah menjadikan Bukit Jawa sebagai tempat penginapan nya. Dalam gua ini, dikatakan terdapat pinggang mangkuk yang disimpan oleh penjaga Puteri Saadong. Apabila mahu mengadakan kenduri, orang kampung akan pergi ke gua ini unutk meminjam pinggang mangkuk dari Puteri Saadong. Tetapi, apabila orang kampung tidak mengembalikan apa yang dipinjam, Puteri Saadong kecewa terhadap perangai orang kampung tersebut dan terus meninggalkan gua ini.

Kini, gua ini dipenuhi dengan najis kelawar. Keadaannya amat licin dan berbahaya. Bau gas ammonia daripada najis kelawar ini amat tidak menyenangkan ditambah pula suasana gua ini yang gelap gelita. Terdapat satu batu besar yang berbentuk rata di dalam gua ini. Kata orang-orang tua, itulah tempat tidur Puteri Saadong.